Monday, January 24, 2011

Resepi-Tomyam Sardin Cendary

Kita selalu makan Tomyam Seafood, Sayur,Campur atau Ayam tapi pernah kah anda merasa Tomyam Sardin? Sardin dalam tin kalau tidak dimasak dengan sempurna, rasa dan baunya kurang menyenangkan pada saya. Pada satu hari saya pergi ke restoran yang menyediakan Sardin Tomyam. Itulah pertama kali saya merasanya dan rasanya memang sedap. Mengikut apa yang saya makan pada hari itu, saya cuba memasaknya dengan menggunakan bahan bahan tambahan agar ianya lebih sedap dan tidak meloyakan. Saya namakannya Tomyam Sardin Cendary kerana saya tambahkan cendawan dan calery kedalam masakan. Anda patut mencubanya!!!

Bahan Bahannya

  • Satu tin sederhana kecil (medium) Sardin . Saya cadangkan jenama Ayam Brands. Kurang hanyir
  • 1 biji bawang besar. Dipotong 4 secara menegak
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk kasar
  • 2 inci lengkuas - dihiris
  • 1 batang serai. Dititik
  •  5 biji cili padi atau mengikut kesukaan anda - ditumbuk kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang calery 
  • 1 mangkuk kecil cendawan
  • 1 biji Tomato - dipotong 3 secara menegak
  • Sos ikan
  • Garam,Gula secukup rasa
  • Limau nipis atau lemon secukup rasa
  • 2 sudu teh besar minyak untuk menumis
  • 1 1/2 cawan air atau 2 cawan mengikut kepekatan yang anda suka
Cara Cara Membuatnya:-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan serai sehingga naik bau. Masukkan Sardin bersama kuahnya dan kacau dalam 2 minit. Masukkan air. Bila air sudah mendidih masukkan Sos Ikan, Celery,Cendawan dan Tomato. Kemudian Masukan Garam, Gula, Jus Limau/Lemon secukup rasa. Masukkan daun limau purut. Bolehlah dihidangkan.Bila namanya Tomyam maka masamnya kena lah lebih sedikit.

Jumlah Hidangan - 2-3 orang
Masa Memasak - 30 minit


JANGAN TAKUT MENCUBA!!!

No comments: