Monday, January 24, 2011

Resepi-Tomyam Sardin Cendary

Kita selalu makan Tomyam Seafood, Sayur,Campur atau Ayam tapi pernah kah anda merasa Tomyam Sardin? Sardin dalam tin kalau tidak dimasak dengan sempurna, rasa dan baunya kurang menyenangkan pada saya. Pada satu hari saya pergi ke restoran yang menyediakan Sardin Tomyam. Itulah pertama kali saya merasanya dan rasanya memang sedap. Mengikut apa yang saya makan pada hari itu, saya cuba memasaknya dengan menggunakan bahan bahan tambahan agar ianya lebih sedap dan tidak meloyakan. Saya namakannya Tomyam Sardin Cendary kerana saya tambahkan cendawan dan calery kedalam masakan. Anda patut mencubanya!!!

Bahan Bahannya

  • Satu tin sederhana kecil (medium) Sardin . Saya cadangkan jenama Ayam Brands. Kurang hanyir
  • 1 biji bawang besar. Dipotong 4 secara menegak
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk kasar
  • 2 inci lengkuas - dihiris
  • 1 batang serai. Dititik
  •  5 biji cili padi atau mengikut kesukaan anda - ditumbuk kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang calery 
  • 1 mangkuk kecil cendawan
  • 1 biji Tomato - dipotong 3 secara menegak
  • Sos ikan
  • Garam,Gula secukup rasa
  • Limau nipis atau lemon secukup rasa
  • 2 sudu teh besar minyak untuk menumis
  • 1 1/2 cawan air atau 2 cawan mengikut kepekatan yang anda suka
Cara Cara Membuatnya:-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan serai sehingga naik bau. Masukkan Sardin bersama kuahnya dan kacau dalam 2 minit. Masukkan air. Bila air sudah mendidih masukkan Sos Ikan, Celery,Cendawan dan Tomato. Kemudian Masukan Garam, Gula, Jus Limau/Lemon secukup rasa. Masukkan daun limau purut. Bolehlah dihidangkan.Bila namanya Tomyam maka masamnya kena lah lebih sedikit.

Jumlah Hidangan - 2-3 orang
Masa Memasak - 30 minit


JANGAN TAKUT MENCUBA!!!

Resepi - Mee Hoon Udang Kering




Resepi Mee Hoon ini sangat ringkas dan tidak memerlukan belanja yang banyak. Lagi lagi for those yang on budget or if there is nothing at home.. just dry mee hoon and udang kering....

Let me share with you.....

Bahan Bahan :-
  • Setengah bungkus Mee Hoon (Saya selalu menggunakan yang dibuat dari beras perang sebab lebih kurang kanji). Rendam dalam air panas sehingga lembut. Tapis
  • Segenggam Udang Kering atau mengikut kesukaan anda. Oleh sebab Udang Kering ini menjadi bahan utama jadi saya akan meletakkannya lebih sedikit
  • 1 1/2  biji bawang besar atau 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 5 besar sudu cili boh atau mengikut kesukaan anda. pedas atau kurang pedas
  • Sos Ikan. Jika ada lebih sedap
  • Gula,Garam, Cuka atau Jus Limau secukup rasa.
  • 5 sudu besar minyak masak untuk menumis
Cara Cara Membuatnya:-

Tumbuk atau masukkan ke pengisar kering Udang Kering,Bawang Merah,Bawang Putih sehingga lumat. Tumis kesemua bahan kisar dan masukkan cili boh. Tumis sehingga masak. Masukkan Mee Hoon gaulkan rata dan masukkan sos ikan, gula,garam, cuka atau jus limau secukup rasa. Jika suka, anda boleh tambah telur mata kerbau dan daun salad atau timun.

Hidangan - Untuk 2-4 orang
Masa Memasak : 30 minit

"SELAMAT MENCUBA"

Sunday, January 23, 2011

SEJARAH TUPPERWARE

Salam Sejahtera Pembaca Budiman,

Saya ingin berkongsi sejarah Tupperware, salah satu perniagaan MLM yang terdapat di Malaysia, dimana perniagaan ini banyak membantu mereka menjana perdapatan secara sambilan atau sepenuh masa....

Sejarah Tupperware bermula pada tahun 1938, Mr. Earl Tupper, seorang ahli kimia dari Amerika Syarikat berusia 31 tahun mendirikan perusahaan Tupper Plastic Company dan produk pertamanya di Farnumsville,Massachussets, USA . Inilah produk plastik yang pertama dihasilkan dengan Merk Tupper Plastic dan mulai dijual pada tahun 1946 melalui rumah ke rumah dan katalog. Namun penjualan kurang berjaya kerana keistimewaan produk Tupperware iaitu "SEAL" atau tutupnya yang kedap udara dan kedap cairan ini tidak diketahui pengguna kerana tidak ada penjelasan dan pengetahuan mengenai keistimewaan produk tersebut.

Keadaan berubah ketika seorang wanita bernama Brownie Wise seorang surirumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan memperkenalkan cara penjualan produk Tupperware melalui "PARTY PLAN/HOME PARTY" atau peragaan dirumah-rumah yang terbukti lebih sukses dan efektif kerana disertai penjelasan mengenai keistimewaan dan manfaat dari tiap produk. Fakta yang menakjubkan apabila setiap detik & saat terdapat Tupperware Party. Ini menjadikan Tupperware produk yang paling terkenal didunia.

Dalam usianya yang lebih dari setengah abad, ketika ini Tupperware telah menjadi salah satu perusahaan terkemuka didunia dibidang perusahaan plastik untuk penyimpanan mahupun penyajian yang berkualiti tinggi. Dengan ibupejabat berpusat di Orlando, Florida (US), ketika ini Tupperware telah dipasarkan hampir di 100 negara didunia

Tupperware pada saat ini mempunyai lebih dari 200 item produk yang terdiri dari:- Food storage containers.- Tuppertoys.- Entertainment products.- Microwave products.- Dan lain-lain. Tupperware mulai dikenali masyarakat Malaysia sekitar tahun 1965. Namun, nyatanya belum dapat berkembang luas, kerana belum memiliki pejabat perwakilan dan distributor rasmi Tupperware di Malaysia. Sebagai sebuah peluang perniagaan yang menjanjikan, Tupperware pernah diterajui beberapa orang. Namun setelah mengetahui cara penjualan yang unik dan efektif antara lain dipasarkan melalui parti/demo dan sebagainya, cara penjualan Tupperware menjadi lebih teratur

Kini Tupperware Brand merupakan satu perniagaan MLM yang diyakini dan terbukti di Malaysia. Jika anda berminat dan mempunyai keyakinan menceburi perniagaan ini, silalah hubungi saya di inaikurung@gmail.com


Friday, January 21, 2011

CODE : KEBAYA MELATI BERSULAM- 002

HARGA : RM85
WARNA-OREN
SIZE:38,40
MATERIAL : KEBAYA - CHIFFON, PARIO - SATIN
 KEBAYA TERMASUK PARIO DAN BUCKLE

CODE : KEBAYA MELATI BERSULAM- 001

HARGA : RM85
WARNA-BIRU LAUT
SIZE:40
MATERIAL : KEBAYA - CHIFFON, PARIO - SATIN
 KEBAYA TERMASUK PARIO DAN BUCKLE

Resepi - Sambal Hijau -Masakan Padang Indonesia

Salam All,

Saya memang mengemari masakan Indonesia selain dari bahasa ibundanya yang lembut. Salah satu masakan Indonesia yang paling saya suka adalah Sambal Hijau. Saya boleh menikmatinya hanya dengan nasi dan telur goreng. Sekiranya kita orang melayu berulam kan sambal belacan, orang Indonesia pula Sambal Hijau. Menggunakan bahan asas yang agak sama, yang berlainannya hanya belacan dan cara membuatnya. Jika anda ingin mencuba dibawah ini bahan bahan dan cara membuatnya.

Bahan Bahan

12-15  Cili hijau yang segar
10 tangkai cili api hijau
3-4 ulas bawang merah,
cuka, garam, gula sesuai rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara Cara Membuatnya
Potong2 cili dan bawang, wapkan sekejap didalam periuk atau kuali sehingga agak lembut
Tumbuk kasar, atau anda boleh menggunkan blender kering
Tumis dengan sedikit minyak, tambahkan cuka,garam dan gula secukup rasa.

Remarks: Untuk kelainan saya masukkan ikan bilis goreng dan digaul bersama sambal hijau. 

"SELAMAT MENCUBA!!!" 


Thursday, January 20, 2011

Resepi- Choc Cream Cheese Cup Cake


 
 Cup Cake Sebelum Dibakar

Cup Cake Selepas  Dibakar
Saya telah mencuba membuatnya beberapa kali, selain bahan bahan tidak sukar didapati , ianya amat mudah dibuat. Ramai yang mencuba menyukainya...cuba lah!!!!


Bahan Bahan
  1. 1 paket Cream Cheese atau  226 grams- Dilembutkan
  2. 1 biji telur
  3. 1/2 cawan gula caster atau white sugar
  4. 1/8 sudu teh garam
  5. 1 cawan coklat chip- anda boleh menggunakan semi-sweets atau sweet. Ikut suka 
  6. 1 1/2 cawan tepung serba guna - all purpose flour
  7. 1 cawan gula putih atau gula caster
  8. 1/4 cawan unsweetened cocao powder -Apa apa jenama pun boleh
  9. 1 sudu teh serbuk penaik-baking soda
  10. 1/2 sudu teh garam
  11. 1 cawan air
  12. 1/3 cawan minyak sayur- apa apa minyak pun boleh tapi saya selalu menggunakan minyak canola
  13. 1 sudu besar cuka cider atau apa apa cuka putih pun boleh
  14. 1 sudu teh vanila essence
Cara Cara Membuatnya

  • Panaskan oven ke 350 degress F (175 degress C). Sediakan muffin tin dengan dialas kertas kek cawan (paper cups)
  • Dalam mangkuk yang sedang, pukul item no. 1-4 sehingga kembang. Kemudian masukkan item no 5. Letakkan ditepi dahulu
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan item no. 6-10. Buat kan lubang ditengah dan masukkan item no. 11-14. Kacau kesemua bahan sehingga sebati. Masukkan batter campuran ini kedalam muffin tin yang dialas dengan kertas cawan sehingga 1/3. Kemudian diatasnya letakkan sesudu besar campuran cream cheese tadi (campuran item 1-4)
  • Bakar didalam oven antara 25 hingga 30 minit.
 SELAMAT MENCUBA!!!!

Koleksi Jubah Batik Batch 1

Koleksi bercorak batik ini amat cantik digayakan dimajlis majlis atau dipejabat. Amat selesa dipakai kerana fabriknya yang lembut dan berkualiti

Code:JubahBatikBatch1 -JB001

Harga:RM90
Size: 40, 42
Material:Chiffon With Full Lining

Code:JubahBatikBatch1 -JB002

Harga:RM90
Size: 40, 42-sold out
Material:Chiffon With Full Lining

Code:JubahBatikBatch1 -JB003

Harga:RM90
Size: 40-sold out, 42
Material:Chiffon With Full Lining

Koleksi Baju Kelawar

Koleksi Baju Kelawar  ini sesuai digayakan casual dan fabriknya amat lembut. Ianya Free Size dan muat hingga mereka yg bersize XL. Kami menawarkan harga yang lebih murah dari harga pasaran

Code: Kelawar001

Harga : RM35

Size : Free Size
Material : Satin Lembut

Code: Kelawar002

Harga : RM35

Size : Free Size
Material : Satin Lembut

Code: Kelawar003

Harga : RM35

Size : Free Size
Material : Satin Lembut

Code: Kelawar004

Harga : RM35

Size : Free Size
Material : Satin Lembut

Code: Kelawar005

Harga : RM35

Size : Free Size
Material : Satin Lembut

Wednesday, January 19, 2011

Code.Kelawar006

Harga : RM35

Size : Free Size
Material : Satin Lembut

Tuesday, November 23, 2010

Inai Kurung


Inai Kurung Terhasil Adalah Untuk Peminat-Peminat Baju Tradisional Melayu Mendapatkan Baju Baju Berkualiti Tinggi Dengan Harga Yang Amat Berpatutan. Kami Menghasilkan Rekaan Kami Sendiri Dan Kami Amat Mementingkan Kualiti Dan Keselesaan Pelanggan. Selain Itu Kami Juga Ingin Berkongsi Tips Tips Resepi Masakan, Jahitan, Program Pengurusan Badan Dan Kesihatan, Tips Percutian Dan Sebagainya Untuk Tatapan Tetamu Blog. Anda Bukan Sahaja Dapat Membeli Belah Dengan Harga Yang Berpatutan Bak Kata Orang "Value For Money" Malah Dapat Berkongsi Pengalaman Kami Untuk Halwa Minda Atau Suka Suka.....SELAMAT DATANG SEMUA KAMI ALU ALUKAN!!!!