Sunday, January 23, 2011

SEJARAH TUPPERWARE

Salam Sejahtera Pembaca Budiman,

Saya ingin berkongsi sejarah Tupperware, salah satu perniagaan MLM yang terdapat di Malaysia, dimana perniagaan ini banyak membantu mereka menjana perdapatan secara sambilan atau sepenuh masa....

Sejarah Tupperware bermula pada tahun 1938, Mr. Earl Tupper, seorang ahli kimia dari Amerika Syarikat berusia 31 tahun mendirikan perusahaan Tupper Plastic Company dan produk pertamanya di Farnumsville,Massachussets, USA . Inilah produk plastik yang pertama dihasilkan dengan Merk Tupper Plastic dan mulai dijual pada tahun 1946 melalui rumah ke rumah dan katalog. Namun penjualan kurang berjaya kerana keistimewaan produk Tupperware iaitu "SEAL" atau tutupnya yang kedap udara dan kedap cairan ini tidak diketahui pengguna kerana tidak ada penjelasan dan pengetahuan mengenai keistimewaan produk tersebut.

Keadaan berubah ketika seorang wanita bernama Brownie Wise seorang surirumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan memperkenalkan cara penjualan produk Tupperware melalui "PARTY PLAN/HOME PARTY" atau peragaan dirumah-rumah yang terbukti lebih sukses dan efektif kerana disertai penjelasan mengenai keistimewaan dan manfaat dari tiap produk. Fakta yang menakjubkan apabila setiap detik & saat terdapat Tupperware Party. Ini menjadikan Tupperware produk yang paling terkenal didunia.

Dalam usianya yang lebih dari setengah abad, ketika ini Tupperware telah menjadi salah satu perusahaan terkemuka didunia dibidang perusahaan plastik untuk penyimpanan mahupun penyajian yang berkualiti tinggi. Dengan ibupejabat berpusat di Orlando, Florida (US), ketika ini Tupperware telah dipasarkan hampir di 100 negara didunia

Tupperware pada saat ini mempunyai lebih dari 200 item produk yang terdiri dari:- Food storage containers.- Tuppertoys.- Entertainment products.- Microwave products.- Dan lain-lain. Tupperware mulai dikenali masyarakat Malaysia sekitar tahun 1965. Namun, nyatanya belum dapat berkembang luas, kerana belum memiliki pejabat perwakilan dan distributor rasmi Tupperware di Malaysia. Sebagai sebuah peluang perniagaan yang menjanjikan, Tupperware pernah diterajui beberapa orang. Namun setelah mengetahui cara penjualan yang unik dan efektif antara lain dipasarkan melalui parti/demo dan sebagainya, cara penjualan Tupperware menjadi lebih teratur

Kini Tupperware Brand merupakan satu perniagaan MLM yang diyakini dan terbukti di Malaysia. Jika anda berminat dan mempunyai keyakinan menceburi perniagaan ini, silalah hubungi saya di inaikurung@gmail.com