Tips Sihat Dan Cantik

Tarikh : 25hb Januari 2011
Topik :  Diet Mengikut Jenis Darah Anda " Eat Right For Your Type"
Author : Dr.Peter J.D'Adamo

Salam Sejahtera Semua,

Saya memang mempunyai masalah mengekalkan berat badan ideal disebabkan diet yang tidak teratur. Setelah membaca buku yang dicadangkan oleh seorang rakan, saya cuba mengikut diet yang dicadangkan Dr.Peter dan ianya memang berhasil. Walau bagaimanapun setiap apa yang kita lakukan perlu ada disiplin dan jika anda merancang untuk menurunkan berat badan anda perlu menjadikannya rutin harian dan bukannya sekadar mendapat berat yang diingini. Yang paling penting anda dapat kekal sihat. Dapat menikmati makanan dengan cara yang sihat dan mencapai berat yang ideal sepanjang hidup anda. Walaupun diet ini tidak memudaratkan, jika anda dibawah pengawasan doktor, minta nasihatnya terlebih dahulu.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk
dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap
makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan
membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis
darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, beberapa jenis keju seperti feta cheese, goat cheese, mozarella cheese & telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, sotong, daging lembu, daging salai, susu,
keju seperti cheddar & cottage , kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Digalakkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau bersenam
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur lemon dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti rye satu potong serta teh herba (halia atau green tea)
Snek: Kuih beras (rice cake) dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dicadangkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kambing, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras perang, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan. Manakala makanan yang perlu dielakkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya,
kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam belanda dan beserta salad dan teh herba
Snek: yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan steam, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Jenis diet pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara jenis makanan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dicadangkan adalah hidangan laut, semua jenis telur
(kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga senaman pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diprocess) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan
zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan
bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.


The Work Of Two Lives

I believed that no two on the face 
of the earth were alike : no two people have 
he same fingerprints,lip prints, or voice print. 
No two blades of grass or snowflakes are alike.
Because I felt that all people were different from 
one another, I did not think it was logical that they
should eat the same foods. it becomes clear to me
that since each person was housed in a special
body with different strengths, weakness and 
nutritional requirements, the only way to maintain 
health or cure illness was to accommodate to that 
particular patient's specific needs
                                                     James D'adamo
 
Tarikh : 26 Januari 2011
Topik : Cara Pemilihan & Pemakaian Bra/Coli Yang Betul

Cara Pemilihan Bra/Coli
Tedapat pelbagai jenis jenama bra di pasaran. Apa yang patut anda ketahui adalah mengenali jenama yang bersesuaian dengan payu dara anda. Beberapa jenama dikenali kerana mempunyai bahan yang berkualiti tinggi dan jahitan yang bersesuaian dengan payu dara. Payu dara adalah organ yang penting ditubuh wanita, jadi pemilihan bra yang betul amatlah penting. Jika anda keliru atau tidak mengetahuinya, rujuklah dikaunter pembelian bra. Mereka ini arif dengan pemilihan bra yang betul untuk payu dara anda. Disini saya senaraikan beberapa tips tips cara pemilihan bra/coli yang betul supaya dapat mengekalkan kecantikan payu dara anda
  • Kenali dengan betul bentuk dan ukuran payudara anda. Jika anda memiliki payudara besar, pilih bra yang dapat menopang tanpa membuatnya jadi terlalu penuh. Caranya dengan memilih bra yang menopang dengan kawat, namun hindari bra yang dipenuhi dengan span, kecuali kalau anda ingin memberi kesan payudara yang menonjol.
  • Jika payudara anda kecil, sebaiknya pilih bra yang dapat menopang keseluruhan payu dara. Berbeza dengan mereka yang mempunyai payu dara besar, anda boleh memilih bra yang dapat menopang payudara anda dengan kawat dan yang mempunyai span, dimana ianya akan memberi kesan penuh bagi payudara anda.
  • Pilih dan kenali bra yang bersesuaian dengan keadaan. Jangan mengenakan bra ala lingerie seksi yang hanya mempunyai kain yang nipis dan tidak mempunyai kawat jika anda ingin bersenam atau melakukan activiti lasak. Ianya tidak dapat memberikan keselesaan pada payu dara anda
  • Jaga lah bra anda dengan baik. Jangan mencuci bra dengan mesin cuci. Cucilah selalu dengan tangan agar bentuk dan kualitinya tetap terjaga. Sebaiknya juga hindari detergen atau serbuk pencuci, gunakan pencuci yang mempunyai Ph yang rendah. Hindari bra anda dari cahaya matahari. Jemurnya ditempat yang terlindung dari matahari yang terik.
  • Selalu cuba dahulu bra yang ingin anda beli. Jangan hanya mempercayai ukurannya saja. Pastikan lingkar lilit dada anda dan ukuran cup bra terasa cukup sesuai bagi payudara anda.
Jadi, pilihlah bra yang tepat untuk kesihatan dan keindahan payudara anda. Radang Payudara adalah infeksi yang terjadi pada jaringan payudara yang umumnya disebabkan bakteria yang biasa terdapat pada kulit. Bakteria ini biasanya masuk melalui puting payudara sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti nyeri payudara, membengkaknya salah satu payudara, payudara kemerahan dan terasa panas, gatal serta kadangkala disertai dengan demam.

Gangguan ini biasanya terjadi pada wanita yang sedang menyusui anak.  Untuk pencegahan, perawatan payudara perlu dilakukan setelah melahirkan dan pada menyusui anak. Dapatkan nasihat dari mereka yang pakar.
 
Cara Pemakaian Bra/Coli Yang Betul
Lebih daripada 80 peratus wanita di negara-negara Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payudara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payudara. Adalah satu kelaziman, wanita memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh.

Mempunyai payudara yang cantik merupakan aset wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaan buah dada, maka menyebabkan payudara jatuh atau menggelebeh.

Cara mudah untuk mengatasinya ialah memakai coli yang betul mengikut saiz payudara kerana ia memberi sokongan luar di samping membantu kedudukan tubuh berada dalam keadaan optimum serta mewujudkan penampilan yang sihat, muda dan langsing.

Walaupun secara fizikalnya, payudara mendapat sokongan anatomi daripada ligamen Cooper yang berfungsi menyambung tisu-tisu yang terdapat di dalam buah dada. Namun, sokongan itu tidak mencukupi untuk menampung payudara terutamanya di kalangan wanita berusia, telah melahirkan anak atau sememangnya mempunyai payudara besar.

Cara pemakaian yang betul adalah selepas memakai coli, bongkokkan badan sedikit, tolak ketulan lemak yang ada di tulang selangka dan bahagian atas perut masuk ke mangkuk coli supaya lemak itu boleh berkumpul di bahagian hadapan. Bahagian belakang dan perut akan nampak lurus dan kelihatan kedudukan tegak tanpa ada ketulan lemak.
Gambarajah Menunjukkan Cara Pemakaian Bra/Coli Yang Betul 


Tarikh : 31hb Januari 2011
Topik : Mengenali Jenis Kulit Anda

Salam Sejahtera Semua,
Menginginkan kulit yang sihat dan cantik adalah menjadi idaman setiap kaum hawa, maka mengenali jenis kulit dan mengetahui produk yang sesuai dengan kulit kita amatlah penting. Kulit merupakan organ luar dan penting  yang kita miliki. Ianya kalis  air. Ia juga melindunginya lapisan dalam kulit dari gangguan luaran. Disebabkan peranan kulit sangatlah penting., maka  haruslah kita selalu menjaga kesihatan dan kebersihan agar ianya sentiasa bersih dan sihat



Namun untuk melakukan perawatan terhadap kulit kita, maka terlebih dahulu kita harus mengenali jenis kulit kita disebabkan setiap orang mempunyai jenis dan masalah kulit yang berbeza beza. Dengan mengenali kulit kita dengan lebih mendalam, kita mampu memiliki kulit yang bersih dan sihat

Ada beberapa jenis kulit yang secara umum dikenali, iaitu : jenis kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi, kulit sensitif dan kulit normal. Walaupun kita mempunyai kulit yang cantik disebabkan faktor genetik tetapi jika kita tidak menjaganya dengan betul seperti tidak mengunakkan produk yang sesuai, tidak menggunakan sun block kita berada diluar maka masalah masalah kulit dihidrasi, berjerawat dan sebagainya akan timbul.


Kulit Normal
Kulit normal adalah kulit yang halus dan lembut untuk disentuh dan tidak nampak kusam. Mereka yang memiliki kulit normal kelihatan berwarna merah muda dan kulit nampak sedikit lembab. Pori-pori sangat baik dan hampir tidak dapat dilihat. Jika Anda memiliki jenis kulit ini, itu merupakan suatu kurnian. Meskipun jenis kulit ini tidak terlalu bermasalah, namun tetap diperlukan sedikit penjagaan yang ringan. Tentukan produk yang sesuai dan lembut untuk kulit anda dan untuk mempertahankan kecantikannya, penjagaan dan rawatan kulit secara teratur diperlukan. Jika tidak, ia akan mempercepatkan proces penuaan. Dibawah ini adalah penjagaan asas yang mungkin membantu:

  1. Biasakan untuk membersihkan kulit dua kali sehari menggunakan pencuci dan toner yang bebas acohol yang lembut dan sesuai
  2. Gunakan pelembab yang sesuai terutamanya diwaktu malam. Ianya untuk menjaga keseimbangan kelembaban kulit.
  3. Jika menggunakna hair dryers, pastikan ia jauh dari permukaan kulit, ianya memastikan kulit tidak kering
  4. Untuk menjaga agar permukaan kulit tetap lembab, gunakan pelembab yang lembut dan sesuai sebelum menggunakan makeup.
  5. Gunakan selalu masker wajah untuk mengatasi kulit dari menjadi kering, untuk menjaga agar perjalanan darah tetap lancar. Juga, untuk mempertahankan kelembutan permukaan kulit. Lakukannya setidaknya dua minggu sekali.
Kulit Kering
Kulit kering adalah kulit yang halus, rapuh dan kering dengan pelbagai skala dibahagian pipi. Di bawah lapisan kulit, kulit kurang fleksibel, pori-porinya tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kekurangan produksi minyak dari kelenjar sebaceous (kelenjar yang mengeluarkan minyak). Kulit kering memiliki kecenderungan timbulnya garis garis halus dan penuaan kulit yang cepat. Perlindungan secara rutin sangat penting dilakukan dan produk yang digunakan haruslah ringan, kaya pelembab dan lembut. Gunakan pelembab secara terus menerus sepanjang hari dan krim yang baik dan kaya dengan bahan pelembab di malam hari.
  
Kulit Berminyak
Ramai yang memiliki jenis kulit ini. Kulit berminyak disebabkan karena kelenjar sebaceous yang terlalu aktif, sehingga pori-pori dapat dilihat dengan jelas. BlackHead dan Whitehead dan gatal-gatal banyak ditemukan di kulit berminyak dan perlu dibersihkan dengan hati-hati. Selalu gunakan produk yang telah dikhusus untuk kulit berminyak, jika tidak, akan timbul banyak masalah baru. Kelebihan minyak pada kulit wajah merupakan faktor penyebab allergi kulit dan jerawat. Kelebihan ini disebabkan adanya perubahan hormon yang ada pada tubuh. Rawatan untuk kulit berminyak harus dilakukan dengan hati-hati dan teliti. Jangan sampai rawatan tersebut merosakkan lapisan lemak pada permukaan kulit yang sebenarnya merupakan pelindung bagi kulit kita. kadar minyak pada kulit harus tetap dijaga agar tetap seimbang.
  1. Pilihlah pembersih yang mempunnyai kandungan ph yang sesuai untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran, kulit mati, mengecilkan pori-pori, dan mampu membuang kandungan minyak yang berlebihan. Kemudian gunakan toner yang mempunyai sedikit kandungan acohol.
  2. Untuk jenis kulit ini pembersih yang paling sesuai adalah yang berbahan susu. Pilihlah pelembab yang bebas minyak (oil free). Untuk penggunaan alas bedak, pilih juga yang oil free. 
  3. Gunakan masker untuk kulit berminyak dua kali seminggu supaya ianya sihat dan segar
Kulit Kombinasi
Jika kulit anda terasa keras dan ketat dibahagian pipi tapi berminyak di daerah T, dahi, hidung dan dagu, bererti anda memiliki jenis kulit yang dikenali sebagai jenis kulit kombinasi. Kulit jenis ini umumnya memiliki satu bahagian kecil jenis kulit tertentu, dan beberapa bahagian kecil jenis kulit yang berminyak, bersama jenis kombinasi dari keduanya.

Umumnya, kekeringan dapat dilihat pada bahagian pipi dan berminyak pada dareah T, atau yang umum disebut Temple Zone. Setiap kali di bersihkan, beberapa daerah akan terasa lembut, sementara di daerah lainnya akan terasa kering dan kasar. Secara umumnya ramai wanita memiliki kulit jenis ini berbanding lelaki.

Memang cukup rumit untuk tetap memelihara jenis kulit kombinasi ini. Tapi ada beberapa cara untuk mengatasi permasalahan ini dan memberikan keseimbangan kepada jenis kulit ini iaitu:
  1. Selalu gunakan cleanser yang ringan pada bahagian wajah dan leher. Misalnya cleanser yang berfungsi untuk membersihkan pori bahagian dalam. Ini akan membantu menjaga agar daerah T yang berminyak akan tetap bersih dan sihat. Lakukan ini dua kali sehari untuk mendapat hasil yang maksima.
  2. Ketika musim panas, gunakan cleanser anti bakteri untuk mengawal serangan bakteria, dan mencegah masalah yang lebih lanjut pada daerah T.
  3. Pada bahagian jenis kulit yang kering perlu diberikan pelembab yang bagus. iaitu pelembab yang mampu menyerap ke dalam kulit. Jika kelembabannya masih di rasa kurang, pilihlah pelembab yang mengandung minyak silicon. Ini akan membantu melembabkan wajah tanpa mengakibatkan minyak berlebih.
  4. Gunakan toner yang bebas alcohol
  5. Lakukan scrub pada 2-3 kali seminggu agar kulit kelihatan muda dan segar.
 Kulit Sensitif
 Semakin hari, semakin ramai yang memiliki kulit sensitif. Jenis kulit ini merupakan jenis kulit yang paling susah dijaga. Kulit jenis ini mudah mendapat iritasi. Misalnya ianya mudah melecet atau melepuh jika digaru, digosok atau disengat. Jenis kulit ini juga memerlukan rawatan yang khusus. Kulit jenis ini setiap kali di bersihkan, kulit akan terasa kering dan gatal. ketika tengah hari, pada bahagian-bahagian tertentu akan terasa ketat,merah, dan pecah-pecah. Dan pada umumnya mereka yang berkulit sensitif perlu mendapatkan produk kecantikan yang khusus untuk kulit sensitif sahaja. Dibawah ini beberapa cadangan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif:

  1. Lakukan test terhadap reaksi allergi pada bahagian lengan terlebih dahulu jika anda teringin untuk membeli produk baru di pasaran. Jika kulit mulai terasa seperti terbakar atau menjadi gatal setelah beberapa minit selepas mencuba produk, bersihkan kulit secepatnya.
  2. Setiap enam bulan sekali, selalunya ianya sudah dijangkiti bakteri, misalnya eyeliner dan maskara.
  3. Jangan mencuba produk kosmetik secara langsung pada wajah,cubalah dibahagian lengan
  4. Jangan membiarkan kulit terkena cahaya matahari yang keterlaluan dan jangan keluar rumah tanpa menggunakan sun block
  5. Gunakan produk rawatan kulit sensitif saja (misalnya. produk yang dilabelkan untuk rawatan kulit sensitif saja). Juga, periksa arahan pada produk untuk melihat apakah ada peringatan-peringatan tertentu yang berkaitan dengan produk).
  6. Jangan memakai makeup terlalu lama. Gunakan pemersih make-up yang hypoallergenic.


Kenalilah jenis kulit anda sebelum membeli produk kecantikan yang sesuai, jika boleh dapatkan nasihat pakar kulit jika anda tidak pasti jenis kulit anda. Elakkan tekanan dengan melakukan senaman ringan 3- 4 kali seminggu, minum air sekurangnya 8 gelas sehari bagi mengelakkan hidrasi, amalkan pemakanan yang sihat serta penggunaan produk yang sesuai untuk wajah dan tubuh anda. Ianya bukan sahaja dapat membantu anda memiliki kulit yang cantik malah tubuh yang sihat.

 

Tarikh : 31hb Januari 2011
Topik : What is Cellulite, What Cause It? And How To Treat it?
Source : Website

 What is Cellulite, What Causes It?and How to Treat it?

Has anybody asked you the question What is cellulite and you didn’t know the answer to that?

What is cellulite? Some people will tell you that it is simply fat deposits, while some will tell you that it is caused by the combination of toxins and water that was trapped underneath the skin. However, the truth is that cellulite is a specific condition that affects your skin’s appearance due to fat deposits that leave a dimpled appearance in various parts of the body.
What is Cellulite and What Causes It?
What is Cellulite and What Causes It?

If you keep reading you will learn the answer to What is cellulite!

Fat is not the only thing that causes bumpy and lumpy cellulites. In fact, beneficial fats such as facial fat can become a beautiful thing. Facial fat is responsible for the plump and silky smooth facial skin of young people. Some medical procedures even use fat injections in patients’ bodies in order to mask the unsightly appearance of cellulites.
So what is cellulite and what makes it different from normal body fat? Here is a comprehensive description about cellulite as well as some of its causes.
Basic facts about cellulites

Cellulites usually become prominent in the body during puberty. They develop in skin areas located in the abdomen, pelvic region and the lower limbs. They are also known in the medical field as adiposis edematosa, gynoid lipodystrophy and the orange peel syndrome.
Cellulites are classified into three categories or grades. The Grade 1 classification involves cellulites with no clinical symptoms. However, a microscopic examination of the affected area may reveal some underlying anatomical changes. Meanwhile, the Grade 2 cellulite is used to categorize instances when the skin has shown pastiness and decreased elasticity in addition to some of the anatomical changes diagnosed from microscopic examinations. Lastly, the Grade 3 cellulite is used to describe the physical roughness of the skin, along with all the Grade 1 and Grade 2 signs.
Cellulites occur not only in women, but also in men. However, women are more susceptible to developing cellulites because they have more types of connective tissues and fats related to cellulites.
Underlying causes

You can answer the question “What is cellulite” by learning several theories used to explain its occurrence. These theories include genetics, diet, hormonal factors, lifestyle factors, and clothing.
According to laboratory studies, hormones play an important role in the development of cellulites. An increase in natural hormones such as insulin, estrogen, prolactin, and thyroid hormones can make a person more vulnerable to cellulites than another person is.
Diet and lifestyle factors are also some of the most common causes of cellulites. Those who eat too much carbohydrates and fat, consume less fiber and exercise less than advised are more likely to develop cellulites than healthy and active people.
If you want to answer the question “What is cellulite,” you must also learn how certain genes can make people more prone to the development of cellulites. These include specific genetic characteristics like a person’s race, gender and metabolic rate.
Clothing such as underwear with tight elastics around the buttocks area can also contribute to the fast development of cellulite in the skin.

Once you know the answer to What is cellulite then you will know how to treat it!

Now that you already know what is cellulite and what its causes are, you can easily find a holistic treatment that will help you get rid of cellulites for good.


Cellulite Treatment

It is almost impossible to make cellulite disappear entirely. However, there are several treatments available to improve its appearance, including:
  • Cellulite cream - recommended
  • Body wraps - recommended
  • Anti Cellulite exercise - recommended
  • Cellulite massage- recommended
  • Laser treatment
  • Liposuction
  • Mesotheraphy
  • Lipodissolve
  • Velasmooth

Cellulite Cream - Recommended

Creams. Toally non-invasive, and yet some of them can be highly effective. Many creams on the market claim to eliminate cellulite entirely. Well that is just not true. We'll help you sift through the hype to find a cream that's best for you, and what to realistically expect.

I would recommend SCULPTIQUE - Body Contour Creme, YOU CAN SEE RESULT IN JUST TWO WEEKS
RM148
Sculptique® Body Contour Creme is formulated with a powerful combination of patented ingredients that quickly and effectively help firm the appearance of skin while reducing the appearance of cellulite for a smoother look. Improves skin firmness, skin tone, skin elasticity and smoothness of skin. Reduces the appearance of “orange peel” effect.

IF YOU INTERESTED TO BUY YOU CAN EMAIL ME AT inaikurung@gmail.com or just FILL THE ORDER FORM !! 

 

Body Wraps - Recommended

Wraps drain excess water from beneath the skin and firm up the surface. Wraps actually work really well, however the effect is extremely temporary. Best used just before going to the beach.

Read more about anti-cellulite wraps...

Anti-Cellulite Exercise & Diet - The 10-Step Plan - Recommended

Many people believe that the only realistic way to reduce the amount of fatty tissue a person has is to follow a controlled diet plan and exercise regularly. In this section, you will find our famous Ten-Step Plan to Reduce Cellulite.

More details on The 10-Step Plan to Treat Cellulite Through Exercise & Diet...

Cellulite Massage

Some cosmetic clinics offer a massage service which they say rids the body of cellulite but in fact only hides it by puffing up the skin of the surrounding areas.

More details on cellulite massage therapy...

Endermologie Lipomassage

A massage service with a mechanized device! Better than ordinary spa cellulite massage treatments? Find out. Available through plastic surgeons, dermatologists and bariatric specialists.

More details on cellulite endermologie massage therapy...

Laser treatment for cellulite

Similar to endermologie, except that a laser is used to massage the skin at an infradermic level.

More details on laser cellulite removal...

Liposuction

The most invasic therapy is liposuction of course, where fat is sucked from the body. This remedy offers only temporary relief -- liposuction should only be used to remove deep fats and is not very effective in the removal of cellulite.

More details on liposuction therapy...

Mesotherapy

An expensive procedure whereby a chemical cocktail is injected directly into the cellulite. This is one you definately want to avoid.

Read on to learn more about mesotherapy...

Lipodissolve

The mesotherapy of liposuction. Strangely, though it is aimed at removing deep fats rather than cellulite, it is often marketed at individuals with cellulite.

Read on to learn more about lipodissolve...

Velasmooth

Velasmooth uses light, sound and massage to increase the elasticity of the skin and temporarily push the fat cells deeper into the skin.

Details on Velasmooth...

Conclusion

While there isn't a way to totally get rid of cellulite without drastically changing your lifestyle, you can certainly improve the look of it! Follow our recommended treatments above and you'll be showing off that bathing suit in time for summer!
©2008 Cellulite Treatment & Reduction    Disclaimer    Return Policy