Resepi Mee Hoon ini sangat ringkas dan tidak memerlukan belanja yang banyak. Lagi lagi for those yang on budget or if there is nothing at home.. just dry mee hoon and udang kering....
Let me share with you.....
Bahan Bahan :-
- Setengah bungkus Mee Hoon (Saya selalu menggunakan yang dibuat dari beras perang sebab lebih kurang kanji). Rendam dalam air panas sehingga lembut. Tapis
- Segenggam Udang Kering atau mengikut kesukaan anda. Oleh sebab Udang Kering ini menjadi bahan utama jadi saya akan meletakkannya lebih sedikit
- 1 1/2 biji bawang besar atau 6 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 5 besar sudu cili boh atau mengikut kesukaan anda. pedas atau kurang pedas
- Sos Ikan. Jika ada lebih sedap
- Gula,Garam, Cuka atau Jus Limau secukup rasa.
- 5 sudu besar minyak masak untuk menumis
Cara Cara Membuatnya:-
Tumbuk atau masukkan ke pengisar kering Udang Kering,Bawang Merah,Bawang Putih sehingga lumat. Tumis kesemua bahan kisar dan masukkan cili boh. Tumis sehingga masak. Masukkan Mee Hoon gaulkan rata dan masukkan sos ikan, gula,garam, cuka atau jus limau secukup rasa. Jika suka, anda boleh tambah telur mata kerbau dan daun salad atau timun.
Hidangan - Untuk 2-4 orang
Masa Memasak : 30 minit
"SELAMAT MENCUBA"
Kita selalu makan Tomyam Seafood, Sayur,Campur atau Ayam tapi pernah kah anda merasa Tomyam Sardin? Sardin dalam tin kalau tidak dimasak dengan sempurna, rasa dan baunya kurang menyenangkan pada saya. Pada satu hari saya pergi ke restoran yang menyediakan Sardin Tomyam. Itulah pertama kali saya merasanya dan rasanya memang sedap. Mengikut apa yang saya makan pada hari itu, saya cuba memasaknya dengan menggunakan bahan bahan tambahan agar ianya lebih sedap dan tidak meloyakan. Saya namakannya Tomyam Sardin Cendary kerana saya tambahkan cendawan dan calery kedalam masakan. Anda patut mencubanya!!!
RESEPI TOMYAM SARDIN CENDARY
Bahan Bahannya
- Satu tin sederhana kecil (medium) Sardin . Saya cadangkan jenama Ayam Brands. Kurang hanyir
- 1 biji bawang besar. Dipotong 4 secara menegak
- 3 biji bawang putih - ditumbuk kasar
- 2 inci lengkuas - dihiris
- 1 batang serai. Dititik
- 5 biji cili padi atau mengikut kesukaan anda - ditumbuk kasar
- 2 helai daun limau purut
- 1 batang calery
- 1 mangkuk kecil cendawan
- 1 biji Tomato - dipotong 3 secara menegak
- Sos ikan
- Garam,Gula secukup rasa
- Limau nipis atau lemon secukup rasa
- 2 sudu teh besar minyak untuk menumis
- 1 1/2 cawan air atau 2 cawan mengikut kepekatan yang anda suka
Cara Cara Membuatnya:-
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan serai sehingga naik bau. Masukkan Sardin bersama kuahnya dan kacau dalam 2 minit. Masukkan air. Bila air sudah mendidih masukkan Sos Ikan, Celery,Cendawan dan Tomato. Kemudian Masukan Garam, Gula, Jus Limau/Lemon secukup rasa. Masukkan daun limau purut. Bolehlah dihidangkan.Bila namanya Tomyam maka masamnya kena lah lebih sedikit.
Jumlah Hidangan - 2-3 orang
Masa Memasak - 30 minit
JANGAN TAKUT MENCUBA!!!
Mereka yang menyambut Krismas selalu menggunakan Ayam Belanda menjadi hidangan utama semasa menyambut perayaan mereka, sebagaimana orang Melayu menyambutnya dengan Ketupat dan Rendang semasa Hari Raya. Kebanyakkannya kita berpendapat bahawa ayam Belanda sukar dimasak dan dagingnya agak liat, tetapi jika dimasak dengan betul, ianya lebih sedap dari daging ayam. Disini saya ingin berkongsi resepi yang amat mudah menggunakan ayam Belanda dan dimasak ala masakan melayu. Jom ..!!!
RESEPI AYAM BELANDA MASAK KICAP PEDAS
Bahan Bahannya :-
- 2 ketul peha ayam Belanda atau mana mana bahagian digaul dengan serbuk kunyit - Ayam Belanda Frozen boleh didapati dikebanyakkan pasar raya
- 1 biji bawang besar atau mengikut kesukaan anda, ada setengah org suka makan bawang - dihiris
- 3 biji bawang putih - dihiris
- 1 biji tomato - dibelah 4
- 1 inci lengkuas - dihiris
- 2 sudu besar serbuk cili atau 5 biji cili padi di tumbuk
- 2 biji bunga lawang
- 1 batang kayu manis
- Kicap Manis - secukup rasa
- Garam, Cuka atau lemon - secukup rasa
- Minyak untuk memasak
Cara Cara Memasak :-
Ayam Belanda yang digaul dengan serbuk kunyit digoreng sehingga separuh masak. Rehat kan selama 5 minit sebelum dipisah dari tulang dan dihiris hiris dagingnya. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau dan masukkan bawang merah,bawang putih, lengkuas dan tomato, masukkan cili padi tadi atau serbuk cili ( saya suka menggunakan serbuk cili kerana ia memberikan warna yang menarik kepada masakan tersebut atau anda boleh masukkan 2 biji cili padi bersama serbuk cili untuk manambah kepedasannya. Masukkan Ayam Belanda tadi dan gaul sehingga dagingnya masak. Masukkan kicap manis, garam, cuka atau lemon secukup rasa. Gaul sehingga rata Kepekatannya bergantung kepada selera anda...anda boleh taburkan daun parsely atau ketumbar sebagai hiasan.
Jumlah Hidangan - 2-3 orang
Masa Memasak - 30 minit
"SELAMAT MENCUBA"
Salam All,
Saya memang mengemari masakan Indonesia selain dari bahasa ibundanya yang lembut. Salah satu masakan Indonesia yang paling saya suka adalah Sambal Hijau. Saya boleh menikmatinya hanya dengan nasi dan telur goreng. Sekiranya kita orang melayu berulam kan sambal belacan, orang Indonesia pula Sambal Hijau. Menggunakan bahan asas yang agak sama, yang berlainannya hanya belacan dan cara membuatnya. Jika anda ingin mencuba dibawah ini bahan bahan dan cara membuatnya.
Bahan Bahan
12-15 Cili hijau yang segar
10 tangkai cili api hijau
10 tangkai cili api hijau
3-4 ulas bawang merah,
cuka, garam, gula sesuai rasa
sedikit minyak untuk menumis
cuka, garam, gula sesuai rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara Cara Membuatnya
Potong2 cili dan bawang, wapkan sekejap didalam periuk atau kuali sehingga agak lembut
Tumbuk kasar, atau anda boleh menggunkan blender kering
Tumis dengan sedikit minyak, tambahkan cuka,garam dan gula secukup rasa.
Remarks: Untuk kelainan saya masukkan ikan bilis goreng dan digaul bersama sambal hijau.
"SELAMAT MENCUBA!!!"
Cup Cake Sebelum Dibakar
Cup Cake Selepas Dibakar
RESEPI CHOC CREAM CHEESE CUP CAKE
Saya telah mencuba membuatnya beberapa kali, selain bahan bahan tidak sukar didapati , ianya amat mudah dibuat. Ramai yang mencuba menyukainya...cuba lah!!!!
Bahan Bahan
- 1 paket Cream Cheese atau 226 grams- Dilembutkan
- 1 biji telur
- 1/2 cawan gula caster atau white sugar
- 1/8 sudu teh garam
- 1 cawan coklat chip- anda boleh menggunakan semi-sweets atau sweet. Ikut suka
- 1 1/2 cawan tepung serba guna - all purpose flour
- 1 cawan gula putih atau gula caster
- 1/4 cawan unsweetened cocao powder -Apa apa jenama pun boleh
- 1 sudu teh serbuk penaik-baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan air
- 1/3 cawan minyak sayur- apa apa minyak pun boleh tapi saya selalu menggunakan minyak canola
- 1 sudu besar cuka cider atau apa apa cuka putih pun boleh
- 1 sudu teh vanila essence
Cara Cara Membuatnya
- Panaskan oven ke 350 degress F (175 degress C). Sediakan muffin tin dengan dialas kertas kek cawan (paper cups)
- Dalam mangkuk yang sedang, pukul item no. 1-4 sehingga kembang. Kemudian masukkan item no 5. Letakkan ditepi dahulu
- Dalam mangkuk yang besar, campurkan item no. 6-10. Buat kan lubang ditengah dan masukkan item no. 11-14. Kacau kesemua bahan sehingga sebati. Masukkan batter campuran ini kedalam muffin tin yang dialas dengan kertas cawan sehingga 1/3. Kemudian diatasnya letakkan sesudu besar campuran cream cheese tadi (campuran item 1-4)
- Bakar didalam oven antara 25 hingga 30 minit.
SELAMAT MENCUBA!!!!
27hb Januari 2011
Disebabkan Sardin memang menjadi kegemaran saya, hari ini saya ingin berkongsi resepi Kari Sardin yang diolah sedikit dari masakan kari yang biasa. Ianya lebih kurang lemak sebab saya menggunakan yogurt kurang lemak mengantikan santan kerana santan mempunyai kandungan lemak & kolestrol yang tinggi dan campuran karinya sedikit berbeza..jom!!!
RESEPI KARI SARDIN ALA INAI KURUNG
Bahan Bahannya- 1 tin besar Sardin - saya gunakan jenama Ayam Brands
- Jintan Manis - 1 sudu kecil
- Jintan Putih - 1 sudu kecil
- Halba - 1/2 sudu kecil
- Biji Sawi - 1/2 sudu kecil
- 1/2 Batang daun kari - ambil daun sahaja
- 1 biji bawang besar - dihiris nipis
- 3 biji bawang Putih - dihiris
- 1 biji tomato- dibelah empat
- 1 paket kecil serbuk kari 75g - saya guna jenama Babas atau Adabi
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk rendang
- 3 cawan air atau 300ml air (digunakan dan digaul bersama kesemua semua serbuk rempah)
- 2 sudu besar plain yogurt kurang lemak - menggantikan santan
- 2 sudu besar minyak - saya guna olive oil kerana rendah kolestrol
- Garam & Gula secukup rasa - saya mengunakan gula bagi menggantikan serbuk perasa dimana mengandungi kandungan MSG yang tinggi
Cara Caranya
Campurkan serbuk kari,serbuk cili & serbuk rendang dengan 3 cawan air atau 300ml air, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis jintan manis,jintan putih,halba,biji sawi & daun kari sehingga naik aroma. Masukkan bawang besar, bawang putih dan tomato. Gaulkan selama 5 minit.Masukkan serbuk rempah yang dicampur air tadi, gaul dan biarkan selama 10 minit, masukkan yogurt gaul rata dan masukkan 1 tin Sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan masak selama 5 minit dan bolehlah dihidangkan bersama nasi atau roti.
"SELAMAT MENCUBA"