Tuesday, January 25, 2011

Resepi-Ayam Belanda Goreng Masak Kicap Pedas

Mereka yang menyambut Krismas selalu menggunakan Ayam Belanda menjadi hidangan utama semasa menyambut perayaan mereka, sebagaimana orang Melayu menyambutnya dengan Ketupat dan Rendang semasa Hari Raya. Kebanyakkannya kita berpendapat bahawa ayam Belanda sukar dimasak dan dagingnya agak liat, tetapi jika dimasak dengan betul, ianya lebih sedap dari daging ayam. Disini saya ingin berkongsi resepi yang amat mudah menggunakan ayam Belanda dan dimasak ala masakan melayu. Jom ..!!!


Bahan Bahannya :-
  • 2 ketul peha ayam Belanda atau mana mana bahagian digaul dengan serbuk kunyit  - Ayam Belanda Frozen boleh didapati dikebanyakkan pasar raya
  • 1 biji bawang besar atau mengikut kesukaan anda, ada setengah org suka makan bawang - dihiris
  • 3 biji  bawang putih - dihiris
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 1 inci lengkuas - dihiris
  • 2 sudu besar serbuk cili atau 5 biji cili padi di tumbuk
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • Kicap Manis - secukup rasa
  • Garam, Cuka atau lemon - secukup rasa
  • Minyak untuk memasak
Cara Cara Memasak :-
Ayam Belanda yang digaul dengan serbuk kunyit digoreng sehingga separuh masak. Rehat kan selama 5 minit sebelum dipisah dari tulang dan dihiris hiris dagingnya. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau dan masukkan bawang merah,bawang putih, lengkuas dan tomato, masukkan cili padi tadi atau serbuk cili ( saya suka menggunakan serbuk cili kerana ia memberikan warna yang menarik kepada masakan tersebut atau anda boleh masukkan 2 biji cili padi bersama serbuk cili untuk manambah kepedasannya. Masukkan Ayam Belanda tadi dan gaul sehingga dagingnya masak. Masukkan kicap manis, garam, cuka atau lemon secukup rasa. Gaul sehingga rata Kepekatannya bergantung kepada selera anda...anda boleh taburkan daun parsely atau ketumbar sebagai hiasan.


Jumlah Hidangan - 2-3 orang
Masa Memasak - 30 minit



"SELAMAT MENCUBA"




No comments: