Thursday, January 20, 2011

Resepi- Choc Cream Cheese Cup Cake


 
 Cup Cake Sebelum Dibakar

Cup Cake Selepas  Dibakar
Saya telah mencuba membuatnya beberapa kali, selain bahan bahan tidak sukar didapati , ianya amat mudah dibuat. Ramai yang mencuba menyukainya...cuba lah!!!!


Bahan Bahan
  1. 1 paket Cream Cheese atau  226 grams- Dilembutkan
  2. 1 biji telur
  3. 1/2 cawan gula caster atau white sugar
  4. 1/8 sudu teh garam
  5. 1 cawan coklat chip- anda boleh menggunakan semi-sweets atau sweet. Ikut suka 
  6. 1 1/2 cawan tepung serba guna - all purpose flour
  7. 1 cawan gula putih atau gula caster
  8. 1/4 cawan unsweetened cocao powder -Apa apa jenama pun boleh
  9. 1 sudu teh serbuk penaik-baking soda
  10. 1/2 sudu teh garam
  11. 1 cawan air
  12. 1/3 cawan minyak sayur- apa apa minyak pun boleh tapi saya selalu menggunakan minyak canola
  13. 1 sudu besar cuka cider atau apa apa cuka putih pun boleh
  14. 1 sudu teh vanila essence
Cara Cara Membuatnya

  • Panaskan oven ke 350 degress F (175 degress C). Sediakan muffin tin dengan dialas kertas kek cawan (paper cups)
  • Dalam mangkuk yang sedang, pukul item no. 1-4 sehingga kembang. Kemudian masukkan item no 5. Letakkan ditepi dahulu
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan item no. 6-10. Buat kan lubang ditengah dan masukkan item no. 11-14. Kacau kesemua bahan sehingga sebati. Masukkan batter campuran ini kedalam muffin tin yang dialas dengan kertas cawan sehingga 1/3. Kemudian diatasnya letakkan sesudu besar campuran cream cheese tadi (campuran item 1-4)
  • Bakar didalam oven antara 25 hingga 30 minit.
 SELAMAT MENCUBA!!!!

No comments: