Thursday, January 27, 2011

Resepi-Kari Sardin Ala Inai Kurung

Disebabkan Sardin memang menjadi kegemaran saya, hari ini saya ingin berkongsi resepi Kari Sardin yang diolah sedikit dari masakan kari yang biasa. Ianya lebih kurang lemak sebab saya menggunakan yogurt kurang lemak mengantikan santan kerana santan mempunyai kandungan lemak & kolestrol yang tinggi dan campuran karinya sedikit berbeza..jom!!!

Bahan Bahannya
  • 1 tin besar Sardin - saya gunakan jenama Ayam Brands
  • Jintan Manis - 1 sudu kecil
  • Jintan Putih - 1 sudu kecil
  • Halba - 1/2 sudu kecil
  • Biji Sawi - 1/2 sudu kecil
  • 1/2 Batang daun kari - ambil daun sahaja
  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 3 biji bawang Putih - dihiris
  • 1 biji tomato- dibelah empat
  • 1 paket kecil serbuk kari 75g - saya guna jenama Babas atau Adabi
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk rendang
  • 3 cawan air atau 300ml air (digunakan dan digaul bersama kesemua semua serbuk rempah)
  • 2 sudu besar plain yogurt kurang lemak - menggantikan santan
  • 2 sudu besar minyak - saya guna olive oil kerana rendah kolestrol
  • Garam & Gula secukup rasa - saya mengunakan gula bagi menggantikan serbuk perasa dimana mengandungi kandungan MSG yang tinggi  
Cara Caranya
Campurkan serbuk kari,serbuk cili & serbuk rendang dengan 3 cawan air atau 300ml air, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis jintan manis,jintan putih,halba,biji sawi & daun kari sehingga naik aroma. Masukkan bawang besar, bawang putih dan tomato. Gaulkan selama 5 minit.

 Masukkan serbuk rempah yang dicampur air tadi, gaul dan biarkan selama 10 minit, masukkan yogurt gaul rata dan masukkan 1 tin Sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan masak selama 5 minit dan bolehlah dihidangkan bersama nasi atau roti.

"SELAMAT MENCUBA"

No comments: