Cara Pemilihan Bra/Coli
Tedapat pelbagai jenis jenama bra di pasaran. Apa yang patut anda ketahui adalah mengenali jenama yang bersesuaian dengan payu dara anda. Beberapa jenama dikenali kerana mempunyai bahan yang berkualiti tinggi dan jahitan yang bersesuaian dengan payu dara. Payu dara adalah organ yang penting ditubuh wanita, jadi pemilihan bra yang betul amatlah penting. Jika anda keliru atau tidak mengetahuinya, rujuklah dikaunter pembelian bra. Mereka ini arif dengan pemilihan bra yang betul untuk payu dara anda. Disini saya senaraikan beberapa tips tips cara pemilihan bra/coli yang betul supaya dapat mengekalkan kecantikan payu dara anda- Kenali dengan betul bentuk dan ukuran payudara anda. Jika anda memiliki payudara besar, pilih bra yang dapat menopang tanpa membuatnya jadi terlalu penuh. Caranya dengan memilih bra yang menopang dengan kawat, namun hindari bra yang dipenuhi dengan span, kecuali kalau anda ingin memberi kesan payudara yang menonjol.
- Jika payudara anda kecil, sebaiknya pilih bra yang dapat menopang keseluruhan payu dara. Berbeza dengan mereka yang mempunyai payu dara besar, anda boleh memilih bra yang dapat menopang payudara anda dengan kawat dan yang mempunyai span, dimana ianya akan memberi kesan penuh bagi payudara anda.
- Pilih dan kenali bra yang bersesuaian dengan keadaan. Jangan mengenakan bra ala lingerie seksi yang hanya mempunyai kain yang nipis dan tidak mempunyai kawat jika anda ingin bersenam atau melakukan activiti lasak. Ianya tidak dapat memberikan keselesaan pada payu dara anda
- Jaga lah bra anda dengan baik. Jangan mencuci bra dengan mesin cuci. Cucilah selalu dengan tangan agar bentuk dan kualitinya tetap terjaga. Sebaiknya juga hindari detergen atau serbuk pencuci, gunakan pencuci yang mempunyai Ph yang rendah. Hindari bra anda dari cahaya matahari. Jemurnya ditempat yang terlindung dari matahari yang terik.
- Selalu cuba dahulu bra yang ingin anda beli. Jangan hanya mempercayai ukurannya saja. Pastikan lingkar lilit dada anda dan ukuran cup bra terasa cukup sesuai bagi payudara anda.
Jadi, pilihlah bra yang tepat untuk kesihatan dan keindahan payudara anda. Radang Payudara adalah infeksi yang terjadi pada jaringan payudara yang umumnya disebabkan bakteria yang biasa terdapat pada kulit. Bakteria ini biasanya masuk melalui puting payudara sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti nyeri payudara, membengkaknya salah satu payudara, payudara kemerahan dan terasa panas, gatal serta kadangkala disertai dengan demam.
Gangguan ini biasanya terjadi pada wanita yang sedang menyusui anak. Untuk pencegahan, perawatan payudara perlu dilakukan setelah melahirkan dan pada menyusui anak. Dapatkan nasihat dari mereka yang pakar.
Cara Pemakaian Bra/Coli Yang Betul
Lebih daripada 80 peratus wanita di negara-negara Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payudara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payudara. Adalah satu kelaziman, wanita memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh.
Mempunyai payudara yang cantik merupakan aset wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaan buah dada, maka menyebabkan payudara jatuh atau menggelebeh.
Cara mudah untuk mengatasinya ialah memakai coli yang betul mengikut saiz payudara kerana ia memberi sokongan luar di samping membantu kedudukan tubuh berada dalam keadaan optimum serta mewujudkan penampilan yang sihat, muda dan langsing.
Walaupun secara fizikalnya, payudara mendapat sokongan anatomi daripada ligamen Cooper yang berfungsi menyambung tisu-tisu yang terdapat di dalam buah dada. Namun, sokongan itu tidak mencukupi untuk menampung payudara terutamanya di kalangan wanita berusia, telah melahirkan anak atau sememangnya mempunyai payudara besar.
Cara pemakaian yang betul adalah selepas memakai coli, bongkokkan badan sedikit, tolak ketulan lemak yang ada di tulang selangka dan bahagian atas perut masuk ke mangkuk coli supaya lemak itu boleh berkumpul di bahagian hadapan. Bahagian belakang dan perut akan nampak lurus dan kelihatan kedudukan tegak tanpa ada ketulan lemak.
Gambarajah Menunjukkan Cara Pemakaian Bra/Coli Yang Betul
No comments:
Post a Comment